Monday, October 26, 2009

Berdebar-debar

Assalamualaikum dan hai semua

Aku nak masuk blog aku sendiri pun, suspens tau...rasa macam masuk rumah orang, hehehehe..

Nak tau sebab apa aku rasa macam ni? Ramai la yang dok tertanya-tanya awat la aku tak update blog aku nih. Tunggu punya tunggu sampai naik lenguh kaki...hehehehe

ohya! sebelum tu, aku juga tak lupa nak maklumkan bahawa aku tak 'cara' blog aku ni disebabkan sibuk menyiapkan sambungan rumahku yang sekangkang kera tu. dah masuk sebulan lebih masuk dok tak siap sepenuhnya. Aku mengambil kesempatan untuk menghias rumah ikut caraku tersendiri di mana aku menjahit sendiri langsir, tudung meja, alas peti ais dan lain-lain. Hasilnya tak lah cantik, tapi aku puas hati la sebab hasil tangan aku sendiri.

No comments:

Post a Comment